Sekiranya anda merupakan seorang penggemar masakan Briyani Kambing, Inshaallah dijamin anda akan menyukai masakan Mendy Kambing ini.
Diperkenalkan oleh masyarakat Arab dari rantau Semenanjung Tanah Arab iaitu di sekitar Yaman dan Arab Saudi, hidangan ini amat sedap dan ramai dari kita yang berpeluang merasanya ketika berada di Makkah untuk mengerjakan ibadah Umrah atau Haji.
Di negara-negara Arab biasanya satu hidangan bersama seekor kambing atau kibasy hanya dimakan oleh 4 orang tetapi untuk orang Malaysia 3 kg beras dan 4 kg kambing boleh dimakan oleh 30 orang...
Mendy ialah kambing yang dimasak bersama nasi (beras basmathi) dan rempah terpilih secara perlahan-lahan (slow-fire) dan apabila masak, kambing dan nasi akan menjadi begitu lembut sekali (soft & succulent). Secara tradisinya Mendy dimasak didalam periuk khas di bawah tanah.
Dihidangkan bersama salatah atau salad arab yang terdiri dari timun kyuri, bawang, capsicum, tomato, parsley, jus lemon, minyak zaitun dan yang penting, sejenis rempah yang dinamakan sumac.
Juga dihidangkan bersama harrah banadurah, salsa tomato pedas lebanon.
Selamat menjamu selera.... Tafaddhaluu... Sahtein Wal Aafiyeh...
ada fixed restaurant + berapa ringgit sepinggan?
ReplyDeleteDinegara Arab mana seekor kambing dimakan 4 orang...x pernah saya tengok w/pun dah 10 thn berada dan berkawan dgn org Arab, suamipun org Arab...merekapun sama dgn kita, makan ala kadar.
ReplyDelete